skip to Main Content
Fiesta-Cahaya-Marina_01

Perarakan Tanglung, Persembahan Kesenian & Pameran Perkahwinan diraikan di Fiesta Cahaya Marina 2022

Fiesta-Cahaya-Marina_01

(Pelamin dan dekorasi serba cantik di tepi laut cipta kelainan untuk Pameran Perkahwinan di Fiesta Cahaya Marina)

LUMUT – Ketibaan pengunjung di acara Fiesta Cahaya Marina 2022 disambut dengan lebih 500 tanglung LED berwarna-warni yang diberikan secara percuma di perkarangan Kompleks Jeti Marina Island Pangkor sempena kedatangan Festival Kuih Bulan tahun ini.

Fiesta-Cahaya-Marina_02

(Kayuhan Rakyat berbasikal kuning CycleDios dengan tanglung berwarna-warni)

Fiesta-Cahaya-Marina_03

(Orang Besar Jajahan Manjung, Ydh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol. Dato’ Shaharuddin Bin Hj. Nazari turut memeriahkan acara Fiesta Cahaya Marina)

Perarakan malam Tanglung dengan kayuhan rakyat berbasikal kuning CycleDios, berserta gabungan pelbagai persembahan tarian moden dan tradisional, dan pelbagai dekorasi indah di Pameran Perkahwinan turut diraikan dalam acara Fiesta Cahaya Marina tahun ini, kata Ketua Pengarah Eksekutif, Marina Island Group, Ding Mei Looi.

Beliau berkata Fiesta Cahaya Marina yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 September yang lalu di sini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kebudayaan berbilang kaum di negara ini selaras dengan Tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Fiesta-Cahaya-Marina_04

(CEO Marina Island Group, Ding Mei Looi bersama barisan penari tarian selari Angie Ngo)

Beliau turut berkata Fiesta Cahaya Marina merupakan suatu acara pelancongan untuk memperkenal dan mempromosikan elemen-elemen rakyat setempat dalam sektor pelancongan.

Fiesta-Cahaya-Marina_05

(Persembahan Tarian Tradisional dari Sekolah Tinggi Nan Hwa Ayer Tawar )

Fiesta-Cahaya-Marina_06

(Persembahan 24-Festive Drums dari Sekolah Menengah San Min (Suwa) Teluk Intan)

Fiesta-Cahaya-Marina_07

(Persembahan Tarian Selari oleh kumpulan penari Angie Ngo)

Antara program yang dilaksanakan pada Fiesta Cahaya Marina adalah Pameran Perkahwinan, OOTD Tepi Pantai, Bazaar Makanan, Perarakan Malam Tanglung, Pertandingan Mencipta Tanglung, Pertandingan Teka Tanglung, Pertandingan Lukisan Pasir, Jualan Kuih Bulan, Tarian Singa, Tarian 24-festive Drums, Tarian Budaya, Tarian Hip-hop, Persembahan Buskers, Kayuhan Rakyat, Permainan Golf, Cabutan Bertuah dan Fiesta Zumba telah menyasarkan kehadiran kirakira 10,000 pengunjung.

Fiesta-Cahaya-Marina_08

(Barisan Juri Jemputan Pertandingan Mencipta Tanglung yang bertemakan “Perlindungan Alam Sekitar)

Fiesta-Cahaya-Marina_09

(Dekorasi Pameran Perkahwinan Tepi laut rekaan Janice Yee Event menjadi tumpuan ramai)

Fiesta-Cahaya-Marina_10

(Iz Zabell Wedding Planner, Butik Pengantin Fis Wan dan Butik D’Puncak Mahligai antara 3 rumah pengantin yang mengambil bahagian dalam Fiesta Cahaya Marina 2022)

Fiesta-Cahaya-Marina_11

(Persembahan Tarian Tradisional dari Sekolah Menengah San Min (Suwa) Teluk Intan)

Fiesta-Cahaya-Marina_12

(Pelancong yang menunggu ketibaan feri ke Pulau Pangkor sepanjang Fiesta Cahaya Marina berlangsung telah dihiburkan dengan persembahan busker)

Cenderahati turut diedarkan kepada tetamu kehormat, penghibur dan pelancong asing, kata Mei Looi.Katanya lagi, Fiesta Cahaya Marina yang julung kali diadakan ini akan menjadi festival tahunan kuih bulan yang disambut pada bulan September.

Fiesta-Cahaya-Marina_13

(Persembahan busker antara yang menarik perhatian pengunjung Fiesta)

Fiesta-Cahaya-Marina_14

(Pelbagai makanan dan minuman yang dijual di bazar Fiesta Cahaya Marina)

Fiesta-Cahaya-Marina_15

(Aktiviti Zumba bersama Zin Shila menjadi acara penutup dengan sesi kecergasan selama 1 jam dan mendapat sambutan terhangat oleh orang ramai)

 

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top